~~~AHLAN WA SAHLAN~ILA~BAITI JANNATI~~~




bicara_hati
January 10th
Female
Malaysia

:: Radio IKIM ::

</span></p> <p><span class="gensmall">This browser appears to be unable to display clips inline the player.<br /> <a href="mms://cyberstream.mmu.edu.my/ikimfm">&gt;Play the clip in Windows Media Player</a>




:: Nasyid Best ::



:: Jejak Anda ::

Assalamualaikum..tinggalkan pesanan disini...
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Make Your Own Photo Frame


:: Waktu Mesir ::


:: Waktu Malaysia ::



:: Bangsal Hikmah ::


kuja

enot

E faizah


:: Rangkaian ::


jalinan.tk
ukhwah.com
PMRAM
karangkraf.com
Al-Azhar

:: Akhbar ::


Harakahdaily.net
Tranungkite.net
Berita Harian
Utusan Malaysia
Al-Jazeera
Buletin Online

Kampus Negara

Sensasi

:: Blog Singgahan ::


massah

Ust Salman

:: Santapan Nurani ::

Sabda Nabi S.A.W:-
Sebaik2 manusia ialah siapa yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain...


Berbahagialah orang yang mati dan dosanya pergi bersamanya, dan celakalah orang yang mati sedangkan dosanya masih ditinggalkan...{Hukama'}

:: Kalendar Comel ::


Make a Photo Calendar at bigoo.ws

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, May 24, 2008
SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu


Posted at 07:43 pm by bicara_hati
 

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

 


Posted at 07:43 pm by bicara_hati
Make a comment  

Thursday, May 22, 2008
TAHUKAH ANDA

TAHUKAH ANDA DI SEBALIK RABIUL..

Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini jatuh pada 19 Mac 2008. Berbagai acara sambutan diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.



Pengertian Rabiul Awal


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka, nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah S.A.W telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.



Peristiwa Penting


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan antaranya ialah;


1)
<!--[endif]-->Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun Gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal pada setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

2)
<!--[endif]-->Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Pada bulan Rabiulawal inilah Nabi S.A.W diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi S.A.W berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3)
<!--[endif]-->Hijrah. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah, pada ketika itu disebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4)
<!--[endif]-->Peperangan. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Antara peperangan yang berlaku pada bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan ( Badar pertama ), Bawat, Zi Amar ( Ghatfan ), Bani an-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5)
<!--[endif]-->Wafatnya Muhammad Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah R.A dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6)
<!--[endif]-->Abu Bakar R.A menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar R.A di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W yang diketuai oleh Saidina Ali R.A Ahli Bait Rasulullah S.A.W.

7)
<!--[endif]-->Pembukaan Iraq. Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid R.A telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq pada zaman Saidina Abu Bakar R.A.

8) <!--[endif]-->Pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9)
<!--[endif]-->Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Membesarkan Maulidur Rasul

Kita dapat melihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A berkata: " Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi S.A.W, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: " Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi S.A.W sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah S.A.W."


Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jalalaludin as-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi S.A.W, nescaya Allah S.W.T akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah S.W.T akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."

Beliau berkata lagi: " Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi S.A.W melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi S.A.W itu."


Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Antara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Antara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1)
<!--[endif]-->Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; " masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah S.A.W. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2)
<!--[endif]-->Imam Jalaluddin as-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; " Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah S.W.T. "

3) <!--[endif]-->Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani ( 1953 ) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa " dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi S.A.W."

Rabiul Akhir

Bulan keempat dalam kalendar Hijrah.


Pengertian Rabiul Akhir

Bulan Rabiul Akhir ini bermaksud bulan di mana berakhirnya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Akhir pokok buah-buahan mula luruh dan seterusnya reput. Maka nama bulan ini diambil sempena musim luruh tanaman mereka.

Peristiwa Penting

1)
<!--[endif]-->Peperangan di Najran pada tahun ketiga Hijrah.

2)
<!--[endif]-->Pengusiran Yahudi Bani an-Nadhir dari Madinah pada tahun keempat Hijrah. Rasulullah S.A.W pergi ke perkampungan mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua orang dari kabilah Bani ‘Amir yang telah dibunuh oleh ‘Amr bin Umaiyah Ad Dhumariy. Kumpulan Yahudi tersebut adalah sekutu Bani ‘Amir dan mereka berjanji untuk menolong Nabi S.A.W di dalam penebusan bayaran itu. Dengan itu mereka meminta Baginda S.A.W supaya duduk menunggu di dalam dewan untuk dihidangkan makanan tetapi di sebalik permintaan tadi mereka bersepakat untuk melakukan pembunuhan ke atas Rasulullah S.A.W. Huyai bin Akhtab seorang pembesar mereka telah mengarahkan supaya dicampakkan ke atas Baginda S.A.W seketul batu besar dari bahagian atas dewan yang Baginda S.A.W sedang berehat di bawahnya. Tetapi Allah S.W.T telah menceritakan kepada Nabi S.A.W tentang kehendak kaum Yahudi tadi dengan diutuskan wahyu kepadanya S.A.W. Lalu Baginda S.A.W keluar dari tempat tersebut pulang ke kota Madinah seraya menghantar perutusan kepada mereka supaya keluar dari Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi S.A.W. Nabi S.A.W beserta para sahabat telah mengepung perkampungan mereka selama 15 hari sehinggalah mereka keluar dari Madinah. Mereka telah memusnahkan kesemua rumah mereka semasa kepungan itu manakala tentera Islam memusnahkan dan membakar apa yang berada berhampiran dengan mereka. Akhirnya Kaum Yahudi bersetuju untuk keluar dari Madinah dengan dijamin keselamatan jiwa mereka dan dibolehkan membawa makanan dan pakaian tanpa senjata. Kebanyakan mereka keluar menunggang 600 ekor unta menuju ke perkampungan Khaibar manakala sebahagian lagi menuju ke negeri Syam. Harta rampasan mereka telah dibahagikan oleh Rasulullah S.A.W kepada kaum Muhajirin Makkah sahaja tanpa kaum Ansar dengan persetujuan mereka. Nabi S.A.W berdoa pada hari itu untuk kaum Ansar dengan kata Baginda S.A.W : “ Ya Allah rahmatilah al Ansar dan anak-anak mereka ”. Di situ juga Nabi S.A.W memberi 2 orang dari kaum Ansar kerana mereka amat miskin. Di dalam peristiwa ini Allah S.W.T menurunkan surah al Hasyr.

3)
<!--[endif]-->Peperangan al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi S.A.W bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madinah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.

 




Posted at 01:14 pm by bicara_hati
Make a comment  

Thursday, March 27, 2008
KRONOLOGI RASULULLAH...

Pembukaan Mekah: (Ramadan)

• Berpunca daripada pengkhianatan Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyah apabila mereka menyerang Banu Khuza'ah.

• Abu Sufyan bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk berunding semula tapi ditolak.

• Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersiap untuk menyerang Mekah pada hari (Rabu, 10 Ramadhan) bersama 10 000 angkatan Muslimin.

• Hatib bin Abi Balta'ah Radhiallahu 'Anhu cuba memberitahu Musyrikin Quraisy tentang sebahagian rancangan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan mengutus sepucuk surat tetapi diketahui oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

• Keislaman Abu Sufyan bin Harb Radhiallahu 'Anhu.
• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam hanya membenarkan 6 lelaki dan 4 perempuan tertentu sahaja dibunuh, atau musuh yang bertindak melawan.

• Penduduk Mekah memeluk Islam beramai-ramai.

• Antara yang memeluk Islam:

i) Mu'awiyah bin Abi Sufyan Radhiallahu 'Anhu.
ii) Abu Quhafah Radhiallahu 'Anhu.
iii) 'Ikrimah bin Abu Jahal Radhiallahu 'Anhu.
iv) Safwan bin Umayyah Radhiallahu 'Anhu.
v) Abdullah bin Sa'ad bin Abu Sarah Radhiallahu 'Anhu.
vi) Habbar bin Al-Aswad Radhiallahu 'Anhu.
vii) Al-Harith bin Hisyam Radhiallahu 'Anhu.
viii) Zuhair bin Abi Umayyah Radhiallahu 'Anhu.
ix) Ka'ab bin Zuhair Radhiallahu 'Anhu.
x) Wahsyi bin Harb Radhiallahu 'Anhu (yang telah membunuh Hamzah radhiaalahu 'Anhu)
xi) Suhail bin Amru Radhiallahu 'Anhu.
xii) Hindun binti Utbah Radhiallahu 'Anhu.
• Antara yang dibunuh:
i) Abdul 'Uzza bin Khatal
ii) Muqis bin Hababah
iii) Abdullah bin Abi Sarah
iv) Al-Harith bin Nufail bin Wahab

• Berlaku Bai'ah an-Nisa'.

• Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tinggal di Mekah selama 19 hari dengan mengqasar solat.


• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Khalid bin Al-Walid Radhiallahu 'Anhu bersama 30 pengikut untuk menghancurkan berhala Uzza.

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Amru bin Al-'Ash Radhiallahu 'Anhu untuk menghancurkan berhala Suwwa'

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Sa'ad bin Zaid Radhiallahu 'Anhu bersama 20 pengikut untuk menghancurkan berhala Manat.


*Ghazwah Hunain: (Syawal)

• Berpunca dari kebimbangan pembesar Huwazin dan pembesar Thaqif ekoran kemenangan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ke atas Mekah.


• Mereka mengumpulkan pasukan yang besar diketuai oleh Malik bin 'Auf, dengan membawa keluar bersama harta benda dan anak isteri.


• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam keluar bersama 12 000 Muslimin, turut keluar ialah 80 orang Musyrikin Mekah.


• Bendera Muhajirin dibawa oleh Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah, bendera Khazraj oleh Al-Hubab bin Munzir Radhiallahu 'Anhu, bendera Aus oleh Usaid bin Hudair Radhiallahu 'Anhu.


• Muslimin diserang di wadi Hunain pada subuh hari. Bertempur dengan hebat sehingga hampir berpecah tentera Muslimin. Allah memberi kemenangan kepada Muslimin.

• Harta rampasan yang diperoleh: 24 ribu unta, lebih 40 ribu kambing, 4000 Uqiyah perak, dan 6000 tawanan. Harta rampasan dikumpul di Ja'ranah.

• Malik bin Auf dan pengikutnya lari berlindung di Taif.


*Ghazwah Taif: (Syawal)

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bertolak ke Taif bersama para sahabat lalu mengepungnya.

• Banu Thaqif yang dipimpin oleh Malik bin Auf bertahan dikubu-kubu sambil melepaskan hujan anak panah kepada Muslimin.

• Kepungan selama 18 hari. (Ada pendapat yang menyatakan lebih 20 hari)

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan agar menggunakan manjaniq dan dabbabah .

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan supaya berangkat pulang lalu Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan agar penduduk Thaqif mendapat hidayah.

• 12 orang Muslimin cedera dan akhirnya syahid.

*Pembahagian As-Sabyu:

• Kembali Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari Taif untuk membahagikan harta rampasan di Ja'ranah.
•
Tiba rombongan Muslimin Huwazin meminta supaya dipulangkan harta rampasan dan tawanan. Dikembalikan tawanan setelah diberi pilihan kepada mereka oleh rasul.

• Harta dibahagi 5 lalu diberikan lebih banyak kepada golongan yang baru memeluk Islam:

i) Abu Sufyan bin Harb Radhiallahu 'Anhu – 40 Uqiyah Emas, 100 unta.
ii) Mu'awiyah bin Abi Sufyan Radhiallahu 'Anhu – 40 Uqiyah Emas, 100 unta.
iii) Yazid bin Abi Sufyan Radhiallahu 'Anhu – 40 Uqiyah Emas, 100 unta.
iv) Hakim bin Huzam Radhiallahu 'Anhu – 100 unta.
v) 'Uyainah bin Hisni Radhiallahu 'Anhu – 100 unta.
vi) Al-Aqra' bin Habis Radhiallahu 'Anhu – 100 unta.
vii) Al-Abbas bin Mirdas Radhiallahu 'Anhu – 100 unta.
viii) Al-Harith bin Al-Harith bin Kaladah Radhiallahu 'Anhu – 100 unta.
ix) Shafwan bin Umayyah Radhiallahu 'Anhu – 1 lembah penuh dengan unta dan kambing.
x) Malik bin 'Auf Radhiallahu 'Anhu – dikembalikan harta dan keluarga serta diberi 100 unta.




Posted at 04:01 pm by bicara_hati
Make a comment  

Friday, February 01, 2008
ISLAM AKU DATANG PADA MU

         

        Saudaraku,lahirnya kita bukan untuk dipersia,bukan juga untuk menghancur dan merosak,sesungguhnya lahir jasad dan roh ini adalah sebagai hamba kepadanya.Mengabdikan diri hanya kepada Allah,bukan kepada nafsu dan syaitan.

       Lahirnya kita jua adalah sebagai khalifah yang memakmurkan bumi ini dengan dengan kalimah Allah dan Rasulnya.

       Benar kata Rasulullah S.A.W "Umat islam pada akhir zaman ini umpama buih dilautan ramainya"

       Tetapi malangnya.........

        Bilangan yang ramai tidak mampu membentengi islam,umpama buih2 ombak,ditolak ketepi hanyut ketepi,ditolak ke kanan hanyut ke kanan.

        Saudaraku yang dirahmati Allh SWT.....datangnya islam dalam keadaan dagang dan kembalinya islam jua dalam keadaan dagang.<asing>seringkali mereka yang membawa risalah islam dipandang asing lantaran kehebatan islam yang memancar dan beruntunglah orang2 yang dagang<pembawa risalah islam>

        Sesungguhnya,ramai manusia yang kagum dengan pancaran islam tetapi dek ego yang memuncak,mereka tidak mengengdahkan.serulah insan2 itu kejalan yang benar,

        jesteru itu tugas siapakah ini,andai bukan diri kita sendiri selaku ulama' pewaris nabi?kepada siapakah lagi kita harapkan untuk memikul amanah ini bagi memastikan islam terus bertapak engkau yang pandai mengungkap klaimah tauhid sahaja tapi tidak melaksanakanya.

       Sewajarnya,kita menjadi pendokong gerakan islam,Allahu akbar!!!

        Tuhan.....aku bersaksi bahawa diri ini adalah pejuang agamamu......

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 07:32 pm by bicara_hati
Make a comment  

Sunday, January 27, 2008
AGAZAH SYITA'

    

         rasanya memang dah lama aku tak update blog ni.ntah tak de mood nak menaip.bahang imtihan masih terasa bagi kawan2 seperjuangan dngan aku...sebenarnya aku tak merasai imtihan fasa1 yang baru selesai minggu lepas.aku  tak de madah..i/llh fasa2 nanti 3 madah..dengar jer 3 madah sikit..tapi bagi aku 3 madah tu adalah banyak..3 madah ni la penentu tahun ni aku boleh balik mesia atau sebaliknya..nauzubillahiminzalik...

        sekarang musim sejuk,hujan pulak tu...membuatkan kami x boleh berpisah dgn kak sara### paham2 je laSmile..umah aku pulak sakhonah rosak,kalau masuk bilik air macam masuk dalam peti sejuk.nak2 tersentuh dengan air pulak...masyallah...hanya tuhan saje yang tahu...dan ahli bait aku..Big Smilebagi aku boleh kata  dah mesyi la ngan perkara ni,cuma bagi ahli bait aku yg lain la...terutamanya adik2 baru...ini semua boleh diktakan 1 ujian yg allah bg kpd kita..jadi banyak2 bersabar la yer////mungkin ade hikmah di sebaliknya.susah2 dahulu senang2 kemudian...

         sempena imtihan baru2 ni,aku doakan moga sahabat2 dapat natijah yg memuaskan...najah kabir...terutamanya ahli bait aku yg bertungkus lumus mentalaah kitab,bersengkang mata  x tidur malam....bitaufiq wan najah..ameen yarrab.....

 


Posted at 05:19 pm by bicara_hati
Make a comment  

Wednesday, October 31, 2007
~~~WARNA DAN WANITA~~~

WARNA DAN WANITA......

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.


Posted at 04:00 pm by bicara_hati
Comment (1)  

KULIAH KEMBALI RANCAK

 

         Memang terlalu lame aku tak update blog ni...tiba2 hari ni jari jemari ni gatal nak menaip.Tak pe lah aku cuba isi ruang kosong blog ni.sebenarnya hari ni adalah hari first aku masuk muhadhorah,madah usul fiqh.setelah sesi pengajian 2007/2008 bermula.Memandangkan pada tahun ni aku bawa 3 madah,so muhadhorah pun tak lah penuh.cuma selasa,rabu dan khamis itu pun mase ertama.klu mase last nampak gayanye lebur la...paham2 je laBig Smile

       Madah yg aku bawa,USUL FIQH,FIQH MUQORAN DAN QODHOYA.Ketiga2 madah exam fasal2,cuma usul fiqh dan fiqh muqaran belajar fasal1,tapi exam fasal2.alakulihalnya muhadhorah tu penting.....


Posted at 03:05 pm by bicara_hati
Make a comment  

Sunday, August 26, 2007
PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PD SEORANG WANITA

                 PERKARA yang AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3.Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4.Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerah kan dengan tugas kenabian.Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

WANITA yang DIMURKAI OLEH ALLLAH

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita.Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi2 pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar .a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar .a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi s.a.w adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah.Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita.Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.






Ali .a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dr neraka.

7.Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yang berkepala seperti kepala bab* & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepada ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.





6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yang banyak dengan maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala bab* & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi2 yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2.Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.Nauzubillahi min zalik.

wassalam


  Member Information For mutiara

Posted at 09:36 pm by bicara_hati
Make a comment  

Saturday, June 16, 2007
KELEBIHAN MEMBACA AL-QUR'AN

1.    Allah SWT. berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerah pada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi."(Surah Fathir-29)

2.    Allah SWT. berfirman, "Dan Kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."(Surah Al-Isra'-82)

3.    Rasulullah SAW. bersabda:"Barangsiapa yang membaca Al-Quran kemudian berpendapat bahawa ada orang lain memperolehi sesuatu yang lebih utama daripada yang telah dikurniakan padanya, maka orang itu benar-benar telah menganggap kecil akan sesuatu yang diagungkan oleh Allah."(hari. Tabrani)

4.    Rasulullah SAW. bersabda:"Tidak termasuk golongan umatku orang yang tidak membaguskan suaranya dalam membaca Al-Quran."(hari. Bukhari)

5.    "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (hari. Bukhari)

6.    Ibn Mas'ud berkata:"Bila kamu semuanya menginginkan ilmu pengetahuan maka selidikilah Al-Quran, sebab di dalamnya berisikan ilmu-ilmu dari orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang akan datang."

7.    Amar bin Ash berkata:"Barangsiapa membaca Al-Quran, maka telah diletakkan tingkat kenabian baik di sebelah kanan mahupun di sebelah kirinya, Cuma sahaja ia tidak didatang oleh malaikat pembawa wahyu."

8.    Dari Abu Hurairah .a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa membaca sepuluh ayat dalam satu malam, maka ia tidak dicatat dalam golongan orang-orang yang lalai.(hari. Hakim)

9.    Dari Abu Hurairah .a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,"Barangsiapa membaca seratus ayat dalam satu malam, maka ia akan dicatat dalam golongan orang yang taat beribadat." (sebahagian dari hadis panjang).-hari. Hakim

10.    Dari Anas .a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT. mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia." Pada sahabat bertanya, "Siapakah ahli-ahli Allah itu, ya Rasulullah?" Baginda saw. menjawab, "Ahli Al-Quran , mereka itulah ahli Allah dan orang khusus (orang istimewa)-Nya."(hari. Hakim)

11.    Dari Ibnu Abbas .a. berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya orang yang tidak ada al-Quran sedikitpun dalam hatinya adalah seperti rumah kosong (tidak berpenghuni)."(hari. Tirmizi)

12.    Dari Bara .a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda,"Hiasilah Al-Quran dengan keindahan suaramu kerana suara yang indah(merdu) akan menambah keindahan al-Quran."(hari. Hakim)

13.    Dari Imran bin Husain .a. berkata, "Orang membaca al-Quran, maka hendaklah ia meminta pahalanya kepada Allah. Sesungguhnya akan tiba suatu masa di mana orang-orang akan membaca al-Quran, tetapi mereka meminta upahnya pada manusia."(hari. Tirmizi)

14.    Dari Abu Dzar .a. berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda kepada Abu Dzar, "Jagalah olehmu membaca al-Quran dan mengingati Allah kerana sesungguhnya dengan begitu kamu akan disebut-sebut(diingat) di langit, dan menjadi cahaya bagimu di bumi."(Sebahagian dari hadis panjang)-hari. Baihaqi

15.    Dari Abu Sa'id .a. berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang disibukkan oleh al-Quran daripada berzikir kepada-Ku dan meminta kepada-Ku, maka Aku memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada yang diberikan kepada orang-orang yang meminta kepada-Ku. Ketinggian kalam Allah (al-Quran) atas semua perkataan yang lain adalah seumpama ketinggian Allah ke atas seluruh makhluk-Nya."(hari.Tirmizi)

16.    Dalam mencelah orang-orang yang membaca Al-Quran, tetapi lalai atau lengah untuk melaksanakan isi al-Quran tersebut, Rasulullah SAW. bersabda:"Tidak beriman kepada al-Quran bagi orang yang menghalalkan apa sahaja yang diharamkan oleh al-Quran."(hari. Tarmizi)

17.    "Bacalah al-Quran selama ia dapat mencegahmu dari perbuatan jahat, bila ia tidak dapat lagi menahanmu dari perbuatan itu, maka belum bererti engkau membacanya."(hari. Tabrani)

----------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..




  

Posted at 04:41 pm by bicara_hati
Make a comment  

Next Page